Jalur Gemilang yang dipasang setiap tahun kat depan rumah aku
Tanggal 31 bulan Ogos 57.........lagu Allahyarham Sudirman amat sinonim dengan hari Merdeka......apa yang kita tahu pasal Merdeka yer....Bagi diri aku terdapat banyak tafsiran tentang Merdeka
Waktu kecil
Masa nie aku dan kawan2 tak kira lelaki dan perempuan, akan berlari lari melambaikan bendera (masa tu masih dipanggil bendera) sambil melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!...Bendera kami tidak lah mahal sangat...bendera yang boleh dibeli dengan harga 20sen waktu itu dan dibuat daripada plastik...seronoknya kat batang bendera tu ada gula2 bulat2 berbagai warna....
Malam hari sebelum 31hb, Ayah akan membawa kami adik beradik ke jalan TAR untuk melihat perarakan kereta berhias. Port kami adalah seberang jalan dipintu utama SOGO (masa tu SOGO tak ada lagi). Disebabkan aku kecil, Ayah akan dukung aku dibahunya bagi membolehkan aku melihat kereta2 berhias....yang seronoknya kami adik beradik akan melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! bila kereta berhias tu lalu dihadapan kami.....
Siang pulak Ayah bawa kami ke jalan TAR...dpt lihat lebih dekat perbarisan dibandingkan depan Padang Kelab Selangor...(kini Dataran Merdeka). Seronoknya tak terkira...tapi faham ke aku erti Merdeka waktu tu...yang aku tahu Merdeka ada kereta berhias, perbarisan dan boleh jalan2 kat KL
Remaja
Pengertian Merdeka dah mula lahir didalam diri. Buku sejarah darjah 6 dan buku sejarah tingkatan 1 & 2 banyak menceritakan tentang perjuangan Melayu dalam mempertahankan tanah air...Mat Kilau, Tok Bahaman, Temenggung Jugah dan nama2 yang aku sendiri hampir lupa utk mengingatinya...terukkan aku.....Masa nie aku sambut Merdeka dengan duduk depan TV lihat perbarisan.....malas nak keluar orang ramai sangat....
Kini
Seperti zaman remaja aku duduk depan TV juga...tapi sejak 2 tahun yang lalu aku tak sempat tengok TV pun...sebabnyer Mak aku dah 2 tahun berturut2 buat kenduri doa selamat pada hari merdeka yang kebetulan sama dengan hari ulang tahun perkahwinan kedua ibubapa aku....
Apa-apa pun aku bangga dengan semangat kemerdekaan KAS...dia tak pernah lupa kibar kan jalur gemilang di hadapan rumah kami...ironiknya, lepas digunakan MIL akan basuh dan lipat jalur gemilang tu dan simpan elok2...senang nak guna utk 31 Ogos tahun depan
