Pagi semalam kat tempat kerja adik aku yg no 5 tipon. Minta bar outgoing call kat handphone mak aku....Aku cakap kenapa nak bar....
Adik aku cakap rumah mak masuk pencuri...terkejut berok aku...tak pernah seumur hidup rumah mak masuk pencuri.
Adik cakap pencuri tu umpil besi tingkap dapur belakang. Alhamdulillah pencuri cuma dapat ambil tipon mak aku, ayah dan tipon adik bongsu aku yang kat Sarawak tu. Kebetulan tipon tu adik aku tak pakai. So ayah aku nak repair la tipon tu.
Aku tipon mak pagi semalam, mak cakap dia tidur lambat lebih kurang kul 2 pagi. Biasa la mak memang susah nak tidur malam.
Masa tidur mak sedar muka mak macam kena renjis air. Siap mak sapu muka pas tu tidur balik. mak dan ayah tak tidur kat dalam bilik. Mak dan ayah aku suka tidur kat ruang tengah depan tv berdekatan dapur.
Pagi tu masa nak bangun subuh ayah terkejut tengok pintu dapur terbuka. Ayah aku rasa dia dah tutup pintu dapur.
Ayah dah syak mesti ada orang masuk umah. Bila perikasa bilik mak habis laci meja solek dibukak. Pencuri tu siap tinggal kan pisau lipat kat atas katil mak. Bilik tamu kat depan pun macam tu jugak. Cuma dia tak masuk bilik adik aku yang kat Sarawak sebab perabut dalam bilik tu tunggang langgang. Kebetulan mak buat renovation sikit. Adik minta tutup pintu bilik air yang bercantum ngan bilik air mak. Adik guna bilik air kat dapur. Sbb bila adik sembahyang betul2 mengadap bilik air.
Pintu tu dah ditanggalkan dan dinding tu disimen balik. Pasal tu bilik adik masih tunggang langgang sebab dinding yang dibuat tu belum cat lagi.
Mak periksa dapur pulak. Tong gas dan TV kat dapur tak terusik. Walhal pencuri tu boleh jer nak ambil benda2 tu sbb dia kuar ikut pintu. Mak baru perasan tingkap kat sebelah TV kat dapur tu dah terlopong dan besi tingkap tu dah di umpil. Pencuri tu pulak siap letak tuala mak kat situ nak tutup jgn bagi orang perasan tingkap dah terupil.
Kat luar dapur berterabur laci bilik mak dan beg haji mak. Kecoh la umah mak hari tu. Abg aku yang kat Melaka pun turun Hulu Langat.
Polis datang dalam kul 8pagi. Polis cakap orang dekat2. Sbb kalau orang jauh bila tak dapat barang dia akan cederakan mak dan ayah. Almari kat ruang tengah tenpat mak tidur tak terusik. Pencuri ni mungkin takut mak dan ayah terjaga. Alhamdulillah sbb kat dalam almari tu ada barang2 kemas mak dan duit. Kiranya pencuri tu hanya dapat ambil tiga handphone.
Tengahari tu Pak busu aku yang kat Semenyih tu datang. Buat sembahyang hajat dan baca yassin. Pak busu siap pagar rumah tu.
Balik kerja aku sempat jenguk kejap. Malam tadi mak dan ayah buat sembahyang hajat dan baca yassin. Aku buat jugak sembahyang hajat dan baca yassin kat umah aku sendiri. Aku mohon Allah lindungi mak dan ayah. Aku juga minta Allah beri hidayah dan keinsafan pada pencuri tu. Paling tidak pun pulangkan handphone mak yang dicuri dan agar dia tak buat benda tu kat umah orang lain pulak.
Tengahari semalam adik aku Azie bawa ayah tempah grill. Aku harap ini lah kali pertama dan terakhir rumah mak dimasuki pencuri. Walaubagaimanapun aku bersyukur pencuri tu tak cederakan mak dan ayah. Menurut kata polis pencuri tu cuma nak duit cash. Terdesak. Dan kemungkinan besar mak dan ayah kenal pencuri tu. Sbb pencuri tu tergesa2 mencuri sbb takut mak dan ayah terjaga.
Tuesday, April 21, 2009
Monday, April 20, 2009
Alamak.....MAHALNYA
Sabtu lepas KAS ajak aku sarapan kat Bangsar...kebetulan KAS memang ada hal kat Bangsar.
Lepas subuh, aku kemas rumah sikit2...siap mop lantai ruang tamu dan ruang tengah. Sapu garaj dan laman depan. Lepas mandi kita orang pun kuar. Masa tu lebih kurang kul 8:45. Perut dah mula bunyi...tapi tak apa hari nie nak sarapan special...
Jauh tu dari Hulu Langat ke Bangsar...Kerja giler...Sebelum tu KAS bagi tahu kat aku dia nak ajak akusarapan kat Bangsar. So aku pun on jer la...selalunya KAS yang belanja. Aku tak pernah pun belanja, tapi hari tu aku teringin nak belanja KAS sbb dia dah sanggup bawak aku sarapan jauh2..
Aku ingat dia nak makan kat Mahbob, dlm perjalanan KAS kata nak bawa makan kat N.L.A Cafe kat Jalan Telawi Bangsar.
Sampi kat sana lebih kurang dalam kul 9. Tak ramai sangat orang. Cafe N.L.A very the class gitu. Layanan nyer pun ok. Aku dpt rasa mesti mahal punya.
So aku dan KAS sama2 order Nasi Lemak. Aku ambil lauk paru dan KAS telor mata kerbau. Aku order milo dan KAS minum teh tarik....
Bila makanan sampai rasa terliur giler...presentationnyer...fulamak...orang tak lapar pun boleh lapar. Aku pun makan la, perut memang lapar masa tu. Alangkah frustnya aku bila aku rasa nasi lemak dia tak la sesedap nasi lemak yang aku pernah makan kat Kg Baru. Nasik lemak nie memang terkenal kat Kg Baru. So aku bayangkan rasanyer mesti sama. Tapi aku betul2 frust. Sambalnya manis macam gula tertumpah kat sambal tu. Nasi pulak tak panas sangat.
Tak pernah aku makan tak habis. Masa dorang tunjuk bil kat aku lagi sekali aku terkejut. Utk 2 orang makan nasi lemak, minum milo dan air teh kami dikenakan RM18.50. Waduh....tak pernah aku makan sarapan pagi mahal cam nie.
Aku rasa nie lah kali pertama dan terakhir aku makan kat N.L.A...tak kira lah cawangan dia kat Ampang Park ker, Ampang Point ker...yg penting aku dah serik nak makan kat situ.
Aku tak kisah bayar mahal bab makan nie sbb jadik darah daging jugak...tapi biarlah kualiti nyer ada.....Nie dah la mahal tak sedap pulak tu....
Lepas merayau kat Bangsar Village kami pun balik. KAS singgah pejabat POS kejap. Aku duduk dlm keter. Masa tu aku rasa perut aku nie mcm lapar lagi.
Sampai umah aku bancuh air milo dan makan ngan biskut kering. Kalau tahu mcm nie baik aku makan kat Mahbob...teh tarik sedap capati dia pun sedap.

Wednesday, April 15, 2009
DUGAAN DEMI DUGAAN
Kata orang kalau kita tak diduga, tak ceria.....hidup tak ada warna....betul agaknya
Sebut pasal dugaan nie sejak hari Ahad yang lalu dugaan demi dugaan berlaku kat aku dan KAS.
Mulanya ASTRO buat hal....petang Ahad tu lepas mandi dan solat asar aku gi kat ruang tamu...nak lepak sambil tengok tv...tapi yang tertulis kat screen 'Service is currently not available'...masa tu memang hujan...
KAS cakap cuba tunggu hujan reda.....bila hujan dah reda aku bukak balik...sama jer yang tertera kat screen...KAS tipon ASTRO...technical ASTRO minta KAS ikut langkah2 yang dorang kasi....KAS pun tutup suis, bukak balik, pergi menu, cari satellite signal, tekan butang ok...masih macam tu jugak.
Hari Isnin masih macam tu jugak....malam tu KAS tipon lagi ASTRO dan buat report....Kalau technical ASTRO dtg kami kena bayar RM50. KAS kata ok la. So malam tu lepas maghrib KAS gi kat luar tengok piring ASTRO...pokok rambutan jiran sebelah sudah menutupi separuh dari piring ASTRO tu...KAS kata mungkin pasal tu kot....
Lampu jalan pulak tak ada malam tu, so dalam gelap malam bepandu kan lampu pagar, KAS pun kait la dahan rambutan yang tutup piring ASTRO tu...nak jadikan citer TV cam tu jugak tak dapat siaran..mata KAS pulak masuk habuk...
Malam tu aku bagi tahu KAS aku nak bawa keter gi kerja...Ada meeting takut lambat habis. So KAS kata ok la.
Pagi masa nak siap2 gi kerja KAS tengok mata dia merah dan bengkak. So KAS bagi tahu aku dia nak gi klinik dan ambil MC...
Dalam kul 6:30pagi aku pun start la injin keter....start punya start keter tu tak mahu idup...Aper kena nie....pas tu alarm berbunyi...KAS cuba idupkan pun tak boleh...dah satu hal...cam ner aku nak gi kerja...tak kan nak suruh KAS hantar...mata dia sakit...aku tak berani bawa keter lagi satu...aku rasa besar sangat, walhal tak ada la besar mana pun..
Nak tak nak KAS terpaksa la antar aku. Lepas KAS mandi dan solat subuh, kita orang pun gerak...sepanjang perjalanan KAS diam jer...aku tahu mesti dia marah...ye la mata dah la bengkak sebelah dan merah...kena antar aku kerja lagi...sian aku tengok KAS
Tengahari kat ofis aku tipon KAS...dia kat bateri kong...so kena beli bateri..melayang RM160...
Malam tu aku ngan KAS mati kutu...kami terpaksa tengok tv lama...hanya TV3 jer siaran yang cantik........malam tu siaran TV3 tak berapa best pulak...bila la TV kat ruang tamu nie nak elok.
Sabtu dan Ahad nie KAS nak ajar aku bawa keter lagi satu...nak suruh aku beranikan diri bawak...Aku rasa tu la hikmahnya....kalau tak aku tak nak belajar bawak...kalau aku berani bawak keter lagi satu pasti KAS tak payah antar aku gi kerja ngan mata bengkak dan merah.
Hari nie orang ASTRO nak dtg umah...Harap mlm nie aku boleh tengok ASTRO balik...rindu ngan TV kat ruang tamu...dah 2 hari dia membisu
Subscribe to:
Posts (Atom)