Sabtu lepas KAS ajak aku sarapan kat Bangsar...kebetulan KAS memang ada hal kat Bangsar.
Lepas subuh, aku kemas rumah sikit2...siap mop lantai ruang tamu dan ruang tengah. Sapu garaj dan laman depan. Lepas mandi kita orang pun kuar. Masa tu lebih kurang kul 8:45. Perut dah mula bunyi...tapi tak apa hari nie nak sarapan special...
Jauh tu dari Hulu Langat ke Bangsar...Kerja giler...Sebelum tu KAS bagi tahu kat aku dia nak ajak akusarapan kat Bangsar. So aku pun on jer la...selalunya KAS yang belanja. Aku tak pernah pun belanja, tapi hari tu aku teringin nak belanja KAS sbb dia dah sanggup bawak aku sarapan jauh2..
Aku ingat dia nak makan kat Mahbob, dlm perjalanan KAS kata nak bawa makan kat N.L.A Cafe kat Jalan Telawi Bangsar.
Sampi kat sana lebih kurang dalam kul 9. Tak ramai sangat orang. Cafe N.L.A very the class gitu. Layanan nyer pun ok. Aku dpt rasa mesti mahal punya.
So aku dan KAS sama2 order Nasi Lemak. Aku ambil lauk paru dan KAS telor mata kerbau. Aku order milo dan KAS minum teh tarik....
Bila makanan sampai rasa terliur giler...presentationnyer...fulamak...orang tak lapar pun boleh lapar. Aku pun makan la, perut memang lapar masa tu. Alangkah frustnya aku bila aku rasa nasi lemak dia tak la sesedap nasi lemak yang aku pernah makan kat Kg Baru. Nasik lemak nie memang terkenal kat Kg Baru. So aku bayangkan rasanyer mesti sama. Tapi aku betul2 frust. Sambalnya manis macam gula tertumpah kat sambal tu. Nasi pulak tak panas sangat.
Tak pernah aku makan tak habis. Masa dorang tunjuk bil kat aku lagi sekali aku terkejut. Utk 2 orang makan nasi lemak, minum milo dan air teh kami dikenakan RM18.50. Waduh....tak pernah aku makan sarapan pagi mahal cam nie.
Aku rasa nie lah kali pertama dan terakhir aku makan kat N.L.A...tak kira lah cawangan dia kat Ampang Park ker, Ampang Point ker...yg penting aku dah serik nak makan kat situ.
Aku tak kisah bayar mahal bab makan nie sbb jadik darah daging jugak...tapi biarlah kualiti nyer ada.....Nie dah la mahal tak sedap pulak tu....
Lepas merayau kat Bangsar Village kami pun balik. KAS singgah pejabat POS kejap. Aku duduk dlm keter. Masa tu aku rasa perut aku nie mcm lapar lagi.
Sampai umah aku bancuh air milo dan makan ngan biskut kering. Kalau tahu mcm nie baik aku makan kat Mahbob...teh tarik sedap capati dia pun sedap.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment