Monday, April 20, 2009

Alamak.....MAHALNYA

Sabtu lepas KAS ajak aku sarapan kat Bangsar...kebetulan KAS memang ada hal kat Bangsar.

Lepas subuh, aku kemas rumah sikit2...siap mop lantai ruang tamu dan ruang tengah. Sapu garaj dan laman depan. Lepas mandi kita orang pun kuar. Masa tu lebih kurang kul 8:45. Perut dah mula bunyi...tapi tak apa hari nie nak sarapan special...


Jauh tu dari Hulu Langat ke Bangsar...Kerja giler...Sebelum tu KAS bagi tahu kat aku dia nak ajak akusarapan kat Bangsar. So aku pun on jer la...selalunya KAS yang belanja. Aku tak pernah pun belanja, tapi hari tu aku teringin nak belanja KAS sbb dia dah sanggup bawak aku sarapan jauh2..


Aku ingat dia nak makan kat Mahbob, dlm perjalanan KAS kata nak bawa makan kat N.L.A Cafe kat Jalan Telawi Bangsar.

Sampi kat sana lebih kurang dalam kul 9. Tak ramai sangat orang. Cafe N.L.A very the class gitu. Layanan nyer pun ok. Aku dpt rasa mesti mahal punya.

So aku dan KAS sama2 order Nasi Lemak. Aku ambil lauk paru dan KAS telor mata kerbau. Aku order milo dan KAS minum teh tarik....

Bila makanan sampai rasa terliur giler...presentationnyer...fulamak...orang tak lapar pun boleh lapar. Aku pun makan la, perut memang lapar masa tu. Alangkah frustnya aku bila aku rasa nasi lemak dia tak la sesedap nasi lemak yang aku pernah makan kat Kg Baru. Nasik lemak nie memang terkenal kat Kg Baru. So aku bayangkan rasanyer mesti sama. Tapi aku betul2 frust. Sambalnya manis macam gula tertumpah kat sambal tu. Nasi pulak tak panas sangat.

Tak pernah aku makan tak habis. Masa dorang tunjuk bil kat aku lagi sekali aku terkejut. Utk 2 orang makan nasi lemak, minum milo dan air teh kami dikenakan RM18.50. Waduh....tak pernah aku makan sarapan pagi mahal cam nie.

Aku rasa nie lah kali pertama dan terakhir aku makan kat N.L.A...tak kira lah cawangan dia kat Ampang Park ker, Ampang Point ker...yg penting aku dah serik nak makan kat situ.

Aku tak kisah bayar mahal bab makan nie sbb jadik darah daging jugak...tapi biarlah kualiti nyer ada.....Nie dah la mahal tak sedap pulak tu....

Lepas merayau kat Bangsar Village kami pun balik. KAS singgah pejabat POS kejap. Aku duduk dlm keter. Masa tu aku rasa perut aku nie mcm lapar lagi.

Sampai umah aku bancuh air milo dan makan ngan biskut kering. Kalau tahu mcm nie baik aku makan kat Mahbob...teh tarik sedap capati dia pun sedap.

Wednesday, April 15, 2009

DUGAAN DEMI DUGAAN

Kata orang kalau kita tak diduga, tak ceria.....hidup tak ada warna....betul agaknya
Sebut pasal dugaan nie sejak hari Ahad yang lalu dugaan demi dugaan berlaku kat aku dan KAS.
Mulanya ASTRO buat hal....petang Ahad tu lepas mandi dan solat asar aku gi kat ruang tamu...nak lepak sambil tengok tv...tapi yang tertulis kat screen 'Service is currently not available'...masa tu memang hujan...
KAS cakap cuba tunggu hujan reda.....bila hujan dah reda aku bukak balik...sama jer yang tertera kat screen...KAS tipon ASTRO...technical ASTRO minta KAS ikut langkah2 yang dorang kasi....KAS pun tutup suis, bukak balik, pergi menu, cari satellite signal, tekan butang ok...masih macam tu jugak.
Hari Isnin masih macam tu jugak....malam tu KAS tipon lagi ASTRO dan buat report....Kalau technical ASTRO dtg kami kena bayar RM50. KAS kata ok la. So malam tu lepas maghrib KAS gi kat luar tengok piring ASTRO...pokok rambutan jiran sebelah sudah menutupi separuh dari piring ASTRO tu...KAS kata mungkin pasal tu kot....
Lampu jalan pulak tak ada malam tu, so dalam gelap malam bepandu kan lampu pagar, KAS pun kait la dahan rambutan yang tutup piring ASTRO tu...nak jadikan citer TV cam tu jugak tak dapat siaran..mata KAS pulak masuk habuk...
Malam tu aku bagi tahu KAS aku nak bawa keter gi kerja...Ada meeting takut lambat habis. So KAS kata ok la.
Pagi masa nak siap2 gi kerja KAS tengok mata dia merah dan bengkak. So KAS bagi tahu aku dia nak gi klinik dan ambil MC...
Dalam kul 6:30pagi aku pun start la injin keter....start punya start keter tu tak mahu idup...Aper kena nie....pas tu alarm berbunyi...KAS cuba idupkan pun tak boleh...dah satu hal...cam ner aku nak gi kerja...tak kan nak suruh KAS hantar...mata dia sakit...aku tak berani bawa keter lagi satu...aku rasa besar sangat, walhal tak ada la besar mana pun..
Nak tak nak KAS terpaksa la antar aku. Lepas KAS mandi dan solat subuh, kita orang pun gerak...sepanjang perjalanan KAS diam jer...aku tahu mesti dia marah...ye la mata dah la bengkak sebelah dan merah...kena antar aku kerja lagi...sian aku tengok KAS
Tengahari kat ofis aku tipon KAS...dia kat bateri kong...so kena beli bateri..melayang RM160...
Malam tu aku ngan KAS mati kutu...kami terpaksa tengok tv lama...hanya TV3 jer siaran yang cantik........malam tu siaran TV3 tak berapa best pulak...bila la TV kat ruang tamu nie nak elok.
Sabtu dan Ahad nie KAS nak ajar aku bawa keter lagi satu...nak suruh aku beranikan diri bawak...Aku rasa tu la hikmahnya....kalau tak aku tak nak belajar bawak...kalau aku berani bawak keter lagi satu pasti KAS tak payah antar aku gi kerja ngan mata bengkak dan merah.
Hari nie orang ASTRO nak dtg umah...Harap mlm nie aku boleh tengok ASTRO balik...rindu ngan TV kat ruang tamu...dah 2 hari dia membisu

Thursday, January 29, 2009

KAS@40

Isnin lepas (24/01/2009) hari lahir KAS...dah 40tahun.....kalau last year aku buat dinner mengejut kat PNB Darby Park, tapi tahun nie aku cuma ajak KAS makan kat Restoran yang terletak di Look Out Point, Hulu Langat.

Tak lah jauh dari umah aku. Banyak Pak Arab yang gi makan kat sana.View usah nak dikatakan memang cantik. Sambil makan dapat hirup udara segar yang sepoi2 bahasa dan menjamu mata dengan keindahan panorama KL diwaktu malam. Subhanallah memang cantik. Kebetulan langit cerah. Banyak pulak bintang malam tu. Dinner nie boleh dikatakan romantik la jugak walaupun ramai orang kat situ.

Balik dari look out point, KAS ajak aku posing depan umah. Aper lagi bergambar sakan la kita orang. Nak tergelak pun ada. Bayangkan dekat nak pukul 11 malam aku dan KAS sibuk bergambar depan umah....mcm orang tak betul pun ada ...hehehehe
Gambar depan umah
Makanan yang kami order

Besday boy...dah 40 rupanyer



Wednesday, January 14, 2009

TERMALU

Lama aku tak post....tapi ari nie teringin nak kongsi cite.......

Pagi tadi ada breifing oleh CEO....ada la CEO buat lawak sikit....dan salah satu lawak tu CEO kat dia skang tak mimpi mcm zaman remaja....dia dok mimpi pasal company....


CEO sempat usik salah sorang boss aku yang duduk kat depan...CEO kata A*** masih boleh mimpi waktu remaja...semua gelak...


Aku pun siap cakap ngan Ana...ooo mimpi nak jadik VP...Aku punya lurus bendul boleh tanya si A*** apa mimpi zaman remaja dia.....A*** kata itu rahsia dia ngan CEO...aku pun buat muka selamba kata oh yer ker dan terus berlalu.


Pas tu aku citer ngan K Ina....K Ina ckp awat tanya mcm tu...malu lah dia...aku blur lagi...aper nak dimalukan kalau mimpi....

Pas tu K Ina terangkan kat aku yg CEO buat joke....mimpi remaja pada lelaki adalah mimpi nak akil baligh.....


Aku punya malu...Aku terus letak kalendar, kotak tisu dan barang sewaktu ngannya kat tepi tpt duduk aku utk menyorokkan diri aku dari A***......


Harus aku malu nak jumpa A*** utk sehari dua nie...masa aku taip nie aku tengah sorokkan muka aku...dah dekat setengah jam aku tak berani bersuara...malunyer.....

Pengajaran utk aku lain kali jgn terlalu lurus..kena serong-serong sikit...

Friday, October 10, 2008

Persiapan Raya

Raya datang lagi.....(sepatutnya aku post nie sebelum raya, sbb bz sgt so ari nie baru sempat update blog)
Seperti biasa aku rasa bukan aku jer, yang lain pun sibuk buat persiapan.
Tahun nie biasa2 jer...serba sederhana. Langsir pakai yang lama. Bunga2 perhiasan pun tak tukar. Aku kurang mood sikit raya nie. Mungkin sbb raya nie mak & ayah aku beraya di Sarawak. Masuk tahun nie dah 3 tahun berturut2 mereka raya kat sana.
Abang ngan kakak ipar pun gi raya kat sana. Kami 3 beradik yang duduk ngan mentua raya Semenanjung dan 3 beradik lagi raya kat Sarawak.
Aku start bersihkan rumah masa nak sambut Ramadhan lagi. Memang kebiasaan kami (aku, MIL & KAS) akan bersihkan rumah waktu nak sambut Ramadhan. MIL cakap senang tak payah susah2 masa bulan Ramadhan nanti.
So Sabtu sebelum raya (lagi 4 hari nak raya) aku dan KAS mulakan operasi mengemas rumah (tapi tak la terok sgt sbb dah buat masa nak sambut Ramadhan). Aku punya tugas gantung langsir dan KAS pulak menyusun dan atur perhiasan. Memang kegemaran KAS pun bab menghias rumah nie. KAS kata aku tak ada seni menyusun atur perhiasan. Elok jugak lepas satu tugas aku.
Kiranya operasi mengemas nie hari Ahad baru settle semuanya. Tahun nie KAS seronok nak pasang lampu pelita. Lepas berbuka jer KAS akan gi kat luar pasang lampu pelita.

Aku tengah panjat kerusi nak pasang langsir

KAS sibuk susun gambar kat dinding

Pelita yang KAS pasang kat tepi kolam ikan

Monday, September 22, 2008

KEMAS UMAH

Ahad aku buka puasa kat luar...so sbb tak masak kita orang buat projek mengemas umah. Bangun sahur kita orang tak tidur...terus kerja kan umah. KAS dan MIL aku basuh carpet dan lap tikar Sarawak.
Aku lak tukang bersihkan pasu2 Sarawak, bingkai gambar2, lap cermin dan habuk kat almari. Kira nya kita orang buat all out ler ari tu. MIL kata senang minggu depan tinggal nak masak lauk raya jer...
Bersin2 jugak ler aku...banyak nyer habuk kat belakang tikar Sarawak upanyer.

Habis bantal2 aku bukak sarung nya

Ruang tamu yang tunggang langgang

Tikar Sarawak..bawah tikar nie byk habuk rupanyer


Antara pasu2 Sarawak yang aku dah lap



Rajin jugak KAS tolong aku mop

Beria2 dia mop...aku tangkap gambar dia pun dia tak sedar


Lepas selesai kemas umah dan solat zohor...aper lagi kerja aku.....tidur kat depan TV sampai kul 4 ptg....Lepas solat Asar aku dan KAS gi buat reservation kat Restoran Seafood utk buka puasa.

TUNAI JANJI

Seperti yang dijanjikan ngan KAS, Sabtu lepas aku temankan dia gi Shopping baju raya dia lak. Kita orang tolak ke Pavillion dalam kul 11 lebih. Tak ramai sangat orang kat Pavillion. Tu yang KAS suka shopping kat sana.


KAS dah tahu aper nak beli. So kita orang terus tuju kat kedai Polo Ralph Lauren. Dah 3 tahun KAS dok shopping kat British India, la nie dia nak tukar selera. Nak pakai T-Shirt jer. Pilih punya pilih KAS ambil 1 T-Shirt. Masa KAS bayar aku tengok resit dia mak oii...aku boleh beli 8 meter Italian Silk. Pas tu singgah pulak kat LEVIS. Pilih seluar pulak mamat nie....Dia kenan LEVIS 505......Tapi seluar tu nak kena potong sikit part kaki dia...labuh benar....tapi tak le semahal T-Shirt tadi...


Beria2 KAS shopping....aku tak kisah dia beli baju mahal, aku nampak mana dia laburkan duit dia.....yang aku takut kalau duit habis tapi tak tahu gi mana...Jangan marah KAS.


Ini bag kertas..apa isi dia yer

Aper erk yang KAS beli

T-Shirt yang dia kenan kat hati....
Raya sakan ler KAS tahun nie