Citer nie dah lama....zaman aku anak dara dulu...tapi bila ingatkan balik aku mesti senyum sendiri...bukan aku saja bila diceritakan balik kat mak aku dia punya gelak....tapi itu semua kenangan manis yang mak aku tinggalkan dengan motor ayah aku...skang mak aku takut nak naik motor selepas accident pada tahun 2001.
Tapi aku bukan nak citer pasal accident tu...peristiwa nie berlaku lama dah....masa tu mak aku masih kerja lagi. Balik kerja selalunya ayah akan menjemput mak di tempat kerja. Entah macam mana hari tu tayar motor ayah aku pancit. Mak aku pun turun dari motor dan berjalan beriringan ngan ayah aku untuk cari bengkel motor...
Sambil jalan mak aku tengok2 jugak kalau bas yang menghala ke umah aku lalu. Masa tu bas yang lalu adalah Bas Mini No 26. Dalam 5 minit berjalan lalu la Bas Mini tu...mak aku pun terus minta diri kat ayah aku nak balik naik bas. Ayah aku kata gi lah. Bengkel motor kat depan tu jer. So mak aku naik la bas. Tinggallah ayah aku menolak motor ke bengkel motor yang terdekat.
Bas tak penuh sangat sebab masa tu baru kul 4 ptg. Mak aku pun duduk dibangku yang kosong. Sebelah bangku mak aku tu ada perempuan cina ngan anak pompuan dia dalam umur 6 tahun. Masa nak bayar tiket konduktor bas tu senyum ngan mak aku...Mak aku pun senyum balik. (Peramah) mak aku berkata dalam hati.
Anak pompuan cina dibangku sebelah sibuk tunjuk ke arah mak aku. Pompuan tu suruh anak dia turunkan tangan. Bila mak aku pandang pompuan cina tu senyum ngan mak aku, mak aku pun balas senyuman pompuan tu. Pelik nyer anak pompuan cina tu cakap ngan mak dia dalam bahasa cina dan tunjuk ke arah mak aku lagi. Mak aku tengok pompuan cina tu tepis tangan anak dia yang sedang tunjuk arah mak aku....
Mak aku senyum jer. Dekat nak sampai kawasan umah mak aku bunyikan loceng sambil berjalan kehadapan bas. Sempat juga dia menolah kat pompuan cina tu. Pompuan cina tu senyum kat mak aku lagi....
Sewaktu turun tangga bas (tahu ler bas mini bawa cam ner) mak aku terhantuk kat pintu bas, yang memang sentiasa terbuka. Berdentum bunyi. Sampai kat bawah mak aku meraba kepala dia. Walaupun tak sakit tapi dentuman agak kuat tu menakutkan mak aku. Ya Allah rupanyer mak aku masih lagi memakai topi keledar. Baru mak aku sedar waktu naik bas tadi dia tak tanggalkan topi keledar dia.
Patut ler anak cina tu sibuk tunjuk arah mak aku...dan patut ler konduktor bas tu senyum ngan mak aku waktu bagi tiket bas....tak dapat aku bayangkan macam mana mak aku dengan topi keledar masih dikepalanya dan duduk didalam bas....
Moral of the story, jaga lah keselamatan dimana kita berada....kalau tak dah benjul kepala mak aku kena hantuk kat pintu bas....

1 comment:
lawak giler sampai kuar air mata i gelak pepagi buta nih..
Post a Comment