Sabtu lepas aku gi SOGO....utk member SOGO dan Maybank Credit Card. Lbh krg kul 10 pagi aku dan KAS dah tercongok kat depan pintu SOGO...Ramainyer org....masa aku beratur dah 3 line...hari mcm nak ujan....aku beratur belakang sekali, bila ujan menitik pak guard sebelah aku suruh aku gi ikut entrance yang dekat pasaraya....nasib kat situ tak ramai org beratur...
Aku terus gi kat tempat yang aku hajati...aku nak cari handbag....dah jumpa berkenan dihati.....aku teruas ambil tanpa fikir panjang...orng dah mula ramai masuk SOGO.....aku dapat voucher RM60.00...tapi sbb aku bukan member SOGO card so sales girl tu nasihatkan aku gi apply jap...aku tengok ramai yang beratur kat luar nak tunggu kad siap...Biasa ler KAS, malas nak tunggu lama so aku pun tak amibl ler voucher tu.....sales girl tu pulak baik hati nak tlg byr kan utk aku...so tak payah aku beratur.....
Pas tu aku dan KAS gi kat bahagian pakaian lelaki...KAS nak tgk kalau ada baju yang dia berkenan.....kali nie KAS dah tak nak pakai British India (dah 3 tahun berturut2 dia pakai brand tu..sama jer style..elok la tu). Kali nie dia kata nak pakai jeans & T-Shirt
Tapi tak ada yang dia berkenan (sebenarnyer SOGO nie bukan tempat kegemaran KAS). Masuk jer keter KAS tanya nak gi Pavillion tak..aku tak kisah bukan aku yang bawa keter....sampai kat simpang depan LPPKN, KAS ubah fikiran nak gi Mid Valley la pulak.....
KAS park kat The Gardens...malas nak park kat Mid Valley...takut tak dpt parking.....sempat juga aku jeling2 handbag coach...waduh yang aku berkenan mahal sgt...nak sama ngan harga aku bayar installment keter....
Sampai Mid Valley kami masuk kat JJ.....KAS pergi bahagian lelaki dan aku gi bahagian pompuan.....seperti biasa kalau nak balik kg aku mesti beli baju tidur...so aku beli 2 helai baju tidur...waktu kat kaunter bayaran phone aku berdering. KAS ditalian.
KAS : B dah dpt apa B nak
Aku : Dah...abang???
KAS : Abang tak dpt cari apa yang abang nak
Pelik aku, punya banyak T-Shirt boleh tak ada yang berkenan dihati....tak sampai 5 minit KAS dah berdiri depan aku...Kami beredar selepas aku membayar harga baju tidur...
Aku : Abang tak jumpa ke T-Shirt yang abang nak
KAS : Tak (jawab KAS ringkas)
Aku : B tengok byk T-Shirt
KAS : Tak ada yang berkenan
Aku : Abang cari T-Shirt apa
KAS : Abang cari T-Shirt Polo Ralph Laurent..nanti kita gi Pavillion yer...tap bukan hari nie...abang penat ler jalan
Dah agak dah...kena kuar lagi....OTW gi ambil keter kat The Gardens kami sempat beli Donat Big Apple.....
Kalau shopping ngan KAS tu ler yg selalu terjadi...pernah dia berkenan baju kat Metro Jaya, tapi untuk size M (KAS pakai baju size M...bila ler laki aku nie nak tukar size ke L),tinggal satu itu pun display punya...dia boleh suruh sales girl tu tipon mana2 cawangan Metro Jaya yang lain kalau ada baju yang sama dan size yang sama....
Belum lagi bab nak cari seluar....KAS pakai pinggang size 29, tapi yang jual kat British India paling kecil size 30....Pergi Bonia pun cam tu...sampai org yang jual seluar tu ckp kat KAS, saya rasa abang ni kena tambah kan berat badan so senang abang nak cari seluar next year....(Kha kha kha kha)...geli hati aku...KAS boleh buat muka selamba dia...
Monday, September 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment