Tuesday, April 21, 2009
Pencuri oh Pencuri
Adik aku cakap rumah mak masuk pencuri...terkejut berok aku...tak pernah seumur hidup rumah mak masuk pencuri.
Adik cakap pencuri tu umpil besi tingkap dapur belakang. Alhamdulillah pencuri cuma dapat ambil tipon mak aku, ayah dan tipon adik bongsu aku yang kat Sarawak tu. Kebetulan tipon tu adik aku tak pakai. So ayah aku nak repair la tipon tu.
Aku tipon mak pagi semalam, mak cakap dia tidur lambat lebih kurang kul 2 pagi. Biasa la mak memang susah nak tidur malam.
Masa tidur mak sedar muka mak macam kena renjis air. Siap mak sapu muka pas tu tidur balik. mak dan ayah tak tidur kat dalam bilik. Mak dan ayah aku suka tidur kat ruang tengah depan tv berdekatan dapur.
Pagi tu masa nak bangun subuh ayah terkejut tengok pintu dapur terbuka. Ayah aku rasa dia dah tutup pintu dapur.
Ayah dah syak mesti ada orang masuk umah. Bila perikasa bilik mak habis laci meja solek dibukak. Pencuri tu siap tinggal kan pisau lipat kat atas katil mak. Bilik tamu kat depan pun macam tu jugak. Cuma dia tak masuk bilik adik aku yang kat Sarawak sebab perabut dalam bilik tu tunggang langgang. Kebetulan mak buat renovation sikit. Adik minta tutup pintu bilik air yang bercantum ngan bilik air mak. Adik guna bilik air kat dapur. Sbb bila adik sembahyang betul2 mengadap bilik air.
Pintu tu dah ditanggalkan dan dinding tu disimen balik. Pasal tu bilik adik masih tunggang langgang sebab dinding yang dibuat tu belum cat lagi.
Mak periksa dapur pulak. Tong gas dan TV kat dapur tak terusik. Walhal pencuri tu boleh jer nak ambil benda2 tu sbb dia kuar ikut pintu. Mak baru perasan tingkap kat sebelah TV kat dapur tu dah terlopong dan besi tingkap tu dah di umpil. Pencuri tu pulak siap letak tuala mak kat situ nak tutup jgn bagi orang perasan tingkap dah terupil.
Kat luar dapur berterabur laci bilik mak dan beg haji mak. Kecoh la umah mak hari tu. Abg aku yang kat Melaka pun turun Hulu Langat.
Polis datang dalam kul 8pagi. Polis cakap orang dekat2. Sbb kalau orang jauh bila tak dapat barang dia akan cederakan mak dan ayah. Almari kat ruang tengah tenpat mak tidur tak terusik. Pencuri ni mungkin takut mak dan ayah terjaga. Alhamdulillah sbb kat dalam almari tu ada barang2 kemas mak dan duit. Kiranya pencuri tu hanya dapat ambil tiga handphone.
Tengahari tu Pak busu aku yang kat Semenyih tu datang. Buat sembahyang hajat dan baca yassin. Pak busu siap pagar rumah tu.
Balik kerja aku sempat jenguk kejap. Malam tadi mak dan ayah buat sembahyang hajat dan baca yassin. Aku buat jugak sembahyang hajat dan baca yassin kat umah aku sendiri. Aku mohon Allah lindungi mak dan ayah. Aku juga minta Allah beri hidayah dan keinsafan pada pencuri tu. Paling tidak pun pulangkan handphone mak yang dicuri dan agar dia tak buat benda tu kat umah orang lain pulak.
Tengahari semalam adik aku Azie bawa ayah tempah grill. Aku harap ini lah kali pertama dan terakhir rumah mak dimasuki pencuri. Walaubagaimanapun aku bersyukur pencuri tu tak cederakan mak dan ayah. Menurut kata polis pencuri tu cuma nak duit cash. Terdesak. Dan kemungkinan besar mak dan ayah kenal pencuri tu. Sbb pencuri tu tergesa2 mencuri sbb takut mak dan ayah terjaga.
Monday, April 20, 2009
Alamak.....MAHALNYA
Lepas subuh, aku kemas rumah sikit2...siap mop lantai ruang tamu dan ruang tengah. Sapu garaj dan laman depan. Lepas mandi kita orang pun kuar. Masa tu lebih kurang kul 8:45. Perut dah mula bunyi...tapi tak apa hari nie nak sarapan special...
Jauh tu dari Hulu Langat ke Bangsar...Kerja giler...Sebelum tu KAS bagi tahu kat aku dia nak ajak akusarapan kat Bangsar. So aku pun on jer la...selalunya KAS yang belanja. Aku tak pernah pun belanja, tapi hari tu aku teringin nak belanja KAS sbb dia dah sanggup bawak aku sarapan jauh2..
Aku ingat dia nak makan kat Mahbob, dlm perjalanan KAS kata nak bawa makan kat N.L.A Cafe kat Jalan Telawi Bangsar.
Sampi kat sana lebih kurang dalam kul 9. Tak ramai sangat orang. Cafe N.L.A very the class gitu. Layanan nyer pun ok. Aku dpt rasa mesti mahal punya.
So aku dan KAS sama2 order Nasi Lemak. Aku ambil lauk paru dan KAS telor mata kerbau. Aku order milo dan KAS minum teh tarik....
Bila makanan sampai rasa terliur giler...presentationnyer...fulamak...orang tak lapar pun boleh lapar. Aku pun makan la, perut memang lapar masa tu. Alangkah frustnya aku bila aku rasa nasi lemak dia tak la sesedap nasi lemak yang aku pernah makan kat Kg Baru. Nasik lemak nie memang terkenal kat Kg Baru. So aku bayangkan rasanyer mesti sama. Tapi aku betul2 frust. Sambalnya manis macam gula tertumpah kat sambal tu. Nasi pulak tak panas sangat.
Tak pernah aku makan tak habis. Masa dorang tunjuk bil kat aku lagi sekali aku terkejut. Utk 2 orang makan nasi lemak, minum milo dan air teh kami dikenakan RM18.50. Waduh....tak pernah aku makan sarapan pagi mahal cam nie.
Aku rasa nie lah kali pertama dan terakhir aku makan kat N.L.A...tak kira lah cawangan dia kat Ampang Park ker, Ampang Point ker...yg penting aku dah serik nak makan kat situ.
Aku tak kisah bayar mahal bab makan nie sbb jadik darah daging jugak...tapi biarlah kualiti nyer ada.....Nie dah la mahal tak sedap pulak tu....
Lepas merayau kat Bangsar Village kami pun balik. KAS singgah pejabat POS kejap. Aku duduk dlm keter. Masa tu aku rasa perut aku nie mcm lapar lagi.
Sampai umah aku bancuh air milo dan makan ngan biskut kering. Kalau tahu mcm nie baik aku makan kat Mahbob...teh tarik sedap capati dia pun sedap.
Wednesday, April 15, 2009
DUGAAN DEMI DUGAAN
Thursday, January 29, 2009
KAS@40
Tak lah jauh dari umah aku. Banyak Pak Arab yang gi makan kat sana.View usah nak dikatakan memang cantik. Sambil makan dapat hirup udara segar yang sepoi2 bahasa dan menjamu mata dengan keindahan panorama KL diwaktu malam. Subhanallah memang cantik. Kebetulan langit cerah. Banyak pulak bintang malam tu. Dinner nie boleh dikatakan romantik la jugak walaupun ramai orang kat situ.
Balik dari look out point, KAS ajak aku posing depan umah. Aper lagi bergambar sakan la kita orang. Nak tergelak pun ada. Bayangkan dekat nak pukul 11 malam aku dan KAS sibuk bergambar depan umah....mcm orang tak betul pun ada ...hehehehe
Wednesday, January 14, 2009
TERMALU
Pagi tadi ada breifing oleh CEO....ada la CEO buat lawak sikit....dan salah satu lawak tu CEO kat dia skang tak mimpi mcm zaman remaja....dia dok mimpi pasal company....
CEO sempat usik salah sorang boss aku yang duduk kat depan...CEO kata A*** masih boleh mimpi waktu remaja...semua gelak...
Aku pun siap cakap ngan Ana...ooo mimpi nak jadik VP...Aku punya lurus bendul boleh tanya si A*** apa mimpi zaman remaja dia.....A*** kata itu rahsia dia ngan CEO...aku pun buat muka selamba kata oh yer ker dan terus berlalu.
Pas tu aku citer ngan K Ina....K Ina ckp awat tanya mcm tu...malu lah dia...aku blur lagi...aper nak dimalukan kalau mimpi....
Pas tu K Ina terangkan kat aku yg CEO buat joke....mimpi remaja pada lelaki adalah mimpi nak akil baligh.....
Aku punya malu...Aku terus letak kalendar, kotak tisu dan barang sewaktu ngannya kat tepi tpt duduk aku utk menyorokkan diri aku dari A***......
Harus aku malu nak jumpa A*** utk sehari dua nie...masa aku taip nie aku tengah sorokkan muka aku...dah dekat setengah jam aku tak berani bersuara...malunyer.....
Pengajaran utk aku lain kali jgn terlalu lurus..kena serong-serong sikit...
Friday, October 10, 2008
Persiapan Raya
Monday, September 22, 2008
KEMAS UMAH
Lepas selesai kemas umah dan solat zohor...aper lagi kerja aku.....tidur kat depan TV sampai kul 4 ptg....Lepas solat Asar aku dan KAS gi buat reservation kat Restoran Seafood utk buka puasa.
TUNAI JANJI
KAS dah tahu aper nak beli. So kita orang terus tuju kat kedai Polo Ralph Lauren. Dah 3 tahun KAS dok shopping kat British India, la nie dia nak tukar selera. Nak pakai T-Shirt jer. Pilih punya pilih KAS ambil 1 T-Shirt. Masa KAS bayar aku tengok resit dia mak oii...aku boleh beli 8 meter Italian Silk. Pas tu singgah pulak kat LEVIS. Pilih seluar pulak mamat nie....Dia kenan LEVIS 505......Tapi seluar tu nak kena potong sikit part kaki dia...labuh benar....tapi tak le semahal T-Shirt tadi...
Beria2 KAS shopping....aku tak kisah dia beli baju mahal, aku nampak mana dia laburkan duit dia.....yang aku takut kalau duit habis tapi tak tahu gi mana...Jangan marah KAS.
Thursday, September 11, 2008
Buka Puasa Kat Luar
Tuesday, September 9, 2008
JAGA KESELAMATAN DIMANA ANDA BERADA
TUHAN YANG TAHU
Monday, September 8, 2008
SHOPPING DAN AKU@AKU DAN SHOPPING
Aku terus gi kat tempat yang aku hajati...aku nak cari handbag....dah jumpa berkenan dihati.....aku teruas ambil tanpa fikir panjang...orng dah mula ramai masuk SOGO.....aku dapat voucher RM60.00...tapi sbb aku bukan member SOGO card so sales girl tu nasihatkan aku gi apply jap...aku tengok ramai yang beratur kat luar nak tunggu kad siap...Biasa ler KAS, malas nak tunggu lama so aku pun tak amibl ler voucher tu.....sales girl tu pulak baik hati nak tlg byr kan utk aku...so tak payah aku beratur.....
Pas tu aku dan KAS gi kat bahagian pakaian lelaki...KAS nak tgk kalau ada baju yang dia berkenan.....kali nie KAS dah tak nak pakai British India (dah 3 tahun berturut2 dia pakai brand tu..sama jer style..elok la tu). Kali nie dia kata nak pakai jeans & T-Shirt
Tapi tak ada yang dia berkenan (sebenarnyer SOGO nie bukan tempat kegemaran KAS). Masuk jer keter KAS tanya nak gi Pavillion tak..aku tak kisah bukan aku yang bawa keter....sampai kat simpang depan LPPKN, KAS ubah fikiran nak gi Mid Valley la pulak.....
KAS park kat The Gardens...malas nak park kat Mid Valley...takut tak dpt parking.....sempat juga aku jeling2 handbag coach...waduh yang aku berkenan mahal sgt...nak sama ngan harga aku bayar installment keter....
Sampai Mid Valley kami masuk kat JJ.....KAS pergi bahagian lelaki dan aku gi bahagian pompuan.....seperti biasa kalau nak balik kg aku mesti beli baju tidur...so aku beli 2 helai baju tidur...waktu kat kaunter bayaran phone aku berdering. KAS ditalian.
KAS : B dah dpt apa B nak
Aku : Dah...abang???
KAS : Abang tak dpt cari apa yang abang nak
Pelik aku, punya banyak T-Shirt boleh tak ada yang berkenan dihati....tak sampai 5 minit KAS dah berdiri depan aku...Kami beredar selepas aku membayar harga baju tidur...
Aku : Abang tak jumpa ke T-Shirt yang abang nak
KAS : Tak (jawab KAS ringkas)
Aku : B tengok byk T-Shirt
KAS : Tak ada yang berkenan
Aku : Abang cari T-Shirt apa
KAS : Abang cari T-Shirt Polo Ralph Laurent..nanti kita gi Pavillion yer...tap bukan hari nie...abang penat ler jalan
Dah agak dah...kena kuar lagi....OTW gi ambil keter kat The Gardens kami sempat beli Donat Big Apple.....
Kalau shopping ngan KAS tu ler yg selalu terjadi...pernah dia berkenan baju kat Metro Jaya, tapi untuk size M (KAS pakai baju size M...bila ler laki aku nie nak tukar size ke L),tinggal satu itu pun display punya...dia boleh suruh sales girl tu tipon mana2 cawangan Metro Jaya yang lain kalau ada baju yang sama dan size yang sama....
Belum lagi bab nak cari seluar....KAS pakai pinggang size 29, tapi yang jual kat British India paling kecil size 30....Pergi Bonia pun cam tu...sampai org yang jual seluar tu ckp kat KAS, saya rasa abang ni kena tambah kan berat badan so senang abang nak cari seluar next year....(Kha kha kha kha)...geli hati aku...KAS boleh buat muka selamba dia...
Friday, September 5, 2008
AKU DAN KETERAMPILAN
Gambar aku selepas bangun tidur...mata masih merah
Aku sebenarnya bukan saja wap muka tapi rendam kaki aku.....bukan apa, aku nak mengeluarkan angin dalam badan...kata orang tua2 rendam kaki ngan air panas, pas tu pakai stokin.
Aku dengan kaki yang berstokin
Sebenarnya aku lebih kepada nak menguruskan badan...tekad aku pada bulan nie...aku boring setiap balik kampung (kampung KAS, aku tak ada kampung sbb orang sini) orang dikampung KAS mesti nak tengok aku...Aku tak tahu KAS nie kat kampung glamer ker....aper ker...tapi masa mula2 kawin ngan KAS selagi ada orang yang dtg kat umah tu mesti nak tengok isteri KAS kalau dia tahu KAS balik kampung waktu tu...Setakat 1 atau 2 tahun aku boleh terima.....pengantin baru katakan...tapi masuk tahun ketiga aku jadi pelik...ada yang nak tengok aku tu pulak orang yang sama tahun lepas....(aku balik kampung setahun sekali..waktu raya jer)...bahkan dah nak masuk 11 tahun aku kawin pun kalau setiap kali balik kampung raya mesti ada orang kampung cari juga isteri si KAS....Aper KAS nie pernah nak dijadikan calon menantu dorang ker....aku pun kurang pasti.....
Yang aku tak tahan soalan mereka seakan sama tiap2 tahun. Macam dorang tu baca skrip lak...atau dorang putar jer record dan pasang tiap2 tahun....... Bab yang aku paling malas dan gerun nak dengar.
Orang kampung : Binik KAS yer...wah lamak ikam (loghat banjar...dalam bahasa melayu-isteri KAS yer...wah berisi awak) dalam kata lain gemuknyer awak
AKU : Akan tersenyum sinis sambil berkata ya saya (dalam bahasa melayu)
Orang kampung : Sudah beranak ka ikam....(dah ada anak ke awak)
Tension2...itu ler soalan yang buat kepala aku pening. Ada waktu nya aku tak naik pun kat atas bila saudara kat kampung KAS dtg beraya....aku memerap dibawah kat dapur...tapi yang peliknya dorang pulak turun bawah....aduh tak dpt lari
Aku pernah kuruskan badan......memang ketara kurus, aku boleh kurang kan sampai 6 kilo...tapi natijahnya aku kena tekanan darah rendah...
Aku tak nafikan orang2 kat sana kurus2 belaka...walaupun yang dah ada anak 3....aku....bila la nak dapat berat ideal...tensionnyer kalau nak balik kampung raya tahun nie
Cuma yang boleh sedapkan aku bila dorang cakap aku cerah dan putih...sebenarnya kulit aku bukan lah putih pun cuma sawo matang...tapi cuba bayangkan kalau aku nie dikatakan putih...kulit dorang cam ner yer.....
Apa2 pun tahun nie aku kena jaga keterampilan...biar aku pegang gelaran "Ratu Lamak" tiap2 tahun pun aku tak kisah.....janji tahun nie aku kena kasik muka aku yang macam jalan baru di Tar nie licin sikit...hehehhe...angan2 mat jenin ler kau B....syukur la pada Allah...yang penting aku patutunyer cantikkan keterampilan didalam bukan luaran...kata orang tua2 cantik didalam akan pancarkan cantik diluar....yer ker....Yang penting syukur atas kurniaan Allah....
Thursday, September 4, 2008
SESAK SESAK SESAK
Wednesday, September 3, 2008
BULAN PUASA DAN KERJA
Rasa suntuk sangat nak buat kerja.....kalau concentrate boleh kot...tapi aku nie biasa ler sebelum kul 8:00 aku tak mula kerja lagi......dok tengok email, baca blog (blog orang bukan aku punya blog), buka facebook....dah tu baru buat kerja...
Tapi hari nie aku semput sikit...semput ngan orang yang suka terjah nak jumpa aku...nak meeting konon....tapi tak warning...tak bagi aku bernafas...terus2 nak jumpa...siap bawa consultant.....kalut jugak aku.....nasib baru 5 minit discussion start OO dtg...thanks to OO...kau lah penyelamat aku waktu tu....
Habis jer discussion yang entah aper2 (sepatutnya level VP yang attend) aku tengok jam dah hampir kul 1...waktu rehat...aper lagi aku terus balik tempat duduk dan buka facebook...dapat 1 friend request.....saper aku tak kenal...dari Pakistan....sempat jugak aku tukar gambar kat facebook dan gantikan gambar aku sorang2 duduk kat tangga tu kepada gambar aku ngan KAS.....lepas layan facebook aku pun mula nak buat kerja...tak jadik lagi sebab RAB dan RY ajak solat...Alhamdulillah ada juga kawan yang mengingatkan aku...cayang korang...
Tenung pulak agreement kat sebelah meja aku...tak jadik ambil jugak....sekadar tenung jer
So last sekali aku tutup Majalah start buat kerja balik.......untuk peringatan diri ku sendiri...puasa bukan alasan untuk tidak buat kerja...bersyukur aku kerja dalam aircond.....orang yang kerja kat luar kerja tengah panas tu lagi banyak cubaan..........
Friday, August 22, 2008
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
Jalur Gemilang yang dipasang setiap tahun kat depan rumah aku
Apa-apa pun aku bangga dengan semangat kemerdekaan KAS...dia tak pernah lupa kibar kan jalur gemilang di hadapan rumah kami...ironiknya, lepas digunakan MIL akan basuh dan lipat jalur gemilang tu dan simpan elok2...senang nak guna utk 31 Ogos tahun depan




